SELAMAT DATANG KE LAMAN NIAGA MESIN AIS GOYANG

MENAWARKAN JUALAN MESIN AISKRIM GOYANG TERMURAH DI PASARAN! HARGA PROMOSI BAGI 100 BUAH PERTAMA!!

HARGA PERMULAAN IAITU RM1250 SAHAJA. HARGA PASARAN (penjual lain) DIANTARA RM1300-1500.

Kos penghantaran hanya rm50 (semenanjung), Sabah & Sarawak hanya rm100. Kami akan biaya RM100.

Wednesday, March 3, 2010

Langkah-Langkah Penyediaan Aiskrim Goyang dan Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan yang diperlukan

1. Garam kasar 7kg
2. Lidi sate
3. Air
4. Ais kiub atau ais bantal yang telah dimesin
5. Air berkarbonat seperti orange, strawberry, coke, pepsi, grape, fruitale, sarsi dan sebagainya.
6. Atau air yang dibancuh sendiri seperti air milo, jagung, kacang, asam boi, bandung, keladi dan sebagainya.

Langkah # 1
Masukkan garam kasar ke dalam mesin ais goyang (7kg) dan larutkan dengan air biasa sebanyak 3 liter. Garam tidak perlu larut sepenuhnya.

Langkah # 2
Masukkan ais kiub (1 beg) atau ais bantal yang telah dikisar hingga ke takat permukaan tudung atau gelang acuan. Gaul ais kiub dengan air larutan garam tadi.

Langkah # 3
Susunkan acuan ais goyang ke dalam tempatnya dan pastikan acuan tersebut tersusun dan tenggelam hingga gelang acuan.

Langkah # 4
Tutup penutup dan biarkan acuan sejuk untuk tempoh 3-4 minit. Tujuannya adalah untuk menjadikan semua acuan menjadi lebih sejuk dan ini akan mempercepatkan proses pembekuan ais goyang.

Langkah # 5
Seterusnya tuang air bancuhan atau air berperisa bikarbonat ke dalam acuan
hingga pada takat yang dibenarkan iaitu bersamaan dengan takat permukaan
ais. Apabila anda mengangkat acuan untuk menuang air perisa, elakkan air
garam menitik ke dalam acuan. Ini dapat mengelakkan ais goyang berasa masin.

Apabila semua acuan telah diisi,tutup kembali mesin ais anda dan biarkan selama 3 – 5 minit. Dalam tempoh ini anda boleh goyang ke kiri dan ke kanan bertujuan ais yang dihasilkan nanti adalah lebih halus dan disukai ramai.

Nota: Tempoh 10 minit ais membeku dikira selepas anda menuangkan semua air berperisa ke dalam acuan ais.

Langkah # 6
Selepas 3 – 4 minit ditutup, buka kembali penutup mesin ais anda. Masukkan lidi sate ke setiap acuan ais dengan seberapa cepat yang boleh. Pada waktu ini ais telah mula membeku sedikit di permukaan bawah. Apabila anda mencucuk lidi sate, anda dapat rasakan di bahagian bawahnya mulai membeku. Pada masa ini anda perlu perbetulkan kedudukan lidi sate agar berada betulbetul di tengah acuan agar lebih kemas apabila dikeluarkan nanti.

Langkah # 7
Setelah anda perbetulkan semua pemegang(lidi sate), tutup mesin ais dan mulalah menggoyang ke kiri dan ke kanan. Tujuan kita menggoyang ke kiri dan ke kanan adalah untuk menghasilkan ais goyang yang lebih halus dan sedap berbanding “ais krim Malaysia”.

Langkah # 8
Setelah lebih kurang 10 – 12 minit, anda boleh buka tudung mesin ais anda dan periksa adakah ais telah membeku ke semuanya. Jika anda melakukannya dengan betul, ais goyang akan terhasil dalam tempoh seperti dinyatakan. Tidak mengapa jika masih terdapat beberapa acuan yang masih tidak membeku. Cuma keluarkan mana mana acuan yang membeku sahaja. Sememangnya semasa anda menuangkan air berperisa, terdapat acuan yang terdahulu dan terkemudian dimasukkan air berperisa. 100 acuan mana mungkin kita dapat memasukkannya serentak. Kini anda boleh keluarkan ais goyang, mudah sahaja. Rendam acuan ke dalam bekas air biasa dan terus cabut ais dengan memegang lidi.

Kemudian, terhasillah aiskrim goyang.

Gambar Mesin Ais Goyang






Mesin Ais Goyang: Jana Untung 250%

Jika anda lebih kreatif dalam memasarkan ais krim goyang ini, anda boleh menjual aisrkrim ini secara pek. Ingin saya berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjana pendapatan melalui perniagaan ais krim goyang secara pek ini.

Contoh kos penghasilan 600 batang aiskrim:

Air berkarbonat 1.5liter F&N atau Mirinda X 15 botol X RM3 per botol = RM45
Ais Kiub 1 beg besar berharga RM3.50
Garam 7kg X RM0.50 per kilo = RM3.50
Lidi sate 1 pek (lebih 500 batang/1000batang) = RM4
Jumlah kos = RM56 untuk penyediaan 500 batang aiskrim mini
Katakan 600 batang anda pek menjadi 6 batang per pek = 100 pek
Setiap pek mengandungi 6 batang aiskrim berharga RM2.5 = 100 pek X RM2.5
= RM250
Berapakah keuntungan anda jika anda berjaya menjual kesemuanya?
Jumlah jualan RM250 - Kos RM56 = Untung Anda RM194

Mesin Aiskrim Goyang: 1001 alternatif dalam menjana WANG!!

Saya berkongsi bagaimana anda ingin menjana pendapatan dengan mesin ini.

1. Anda berniaga sendiri di kawasan yang menjadi tumpuan kanak-kanak seperti sekolah, kantin, pasar malam, pasar tani, kawasan perkelahan, perumahan, kwsn rekreasi dan sebagainya. sehari dianggarkan dengan modal rm26 anda dapat menghasilkan 300 batang aiskrim. Untung rm120 sehari. Ada juga peniaga di Shah Alam dapat menjual sehingga 500 batang sehari.

2. Anda menyewa kepada peniaga lain dengan kadar rm30-50 sehari. Ada pelanggan dari Klang membeli 5 unit mesin dan menyewa kepada peniaga lain. sehari dia mendapat kutipan sewa sebanyak rm150-200.

3. Anda menyewa kepada majlis tertentu seperi majlis kenduri, konvokesyen dan sbgnya pada kadar Rm50 sehari.

4. Anda membeli mesin dan mengupah orang lain (rm15-20 sehari) untuk berniaga dengan keuntungan atas tangan anda.

5. Anda juga boleh menjual aiskrim hanya dari rumah. Bagaimana?
Anda buat aiskrim, pekkan dan menhantar ke kedai-kedai runcit. Jika ada 10 kedai runcit berhampiran rumah anda. Senang-senang Rm100 sehari dapat dijana. Kalau lebih banyak kedai, lagi bagus!!

Banyak lagi cara untuk memaksimumkan penggunan mesin ini, semuanya bergantung kepada kekreatifan anda dalam mencari 'lubang' pasaran.