SELAMAT DATANG KE LAMAN NIAGA MESIN AIS GOYANG

MENAWARKAN JUALAN MESIN AISKRIM GOYANG TERMURAH DI PASARAN! HARGA PROMOSI BAGI 100 BUAH PERTAMA!!

HARGA PERMULAAN IAITU RM1250 SAHAJA. HARGA PASARAN (penjual lain) DIANTARA RM1300-1500.

Kos penghantaran hanya rm50 (semenanjung), Sabah & Sarawak hanya rm100. Kami akan biaya RM100.

Wednesday, March 3, 2010

Mesin Ais Goyang: Jana Untung 250%

Jika anda lebih kreatif dalam memasarkan ais krim goyang ini, anda boleh menjual aisrkrim ini secara pek. Ingin saya berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjana pendapatan melalui perniagaan ais krim goyang secara pek ini.

Contoh kos penghasilan 600 batang aiskrim:

Air berkarbonat 1.5liter F&N atau Mirinda X 15 botol X RM3 per botol = RM45
Ais Kiub 1 beg besar berharga RM3.50
Garam 7kg X RM0.50 per kilo = RM3.50
Lidi sate 1 pek (lebih 500 batang/1000batang) = RM4
Jumlah kos = RM56 untuk penyediaan 500 batang aiskrim mini
Katakan 600 batang anda pek menjadi 6 batang per pek = 100 pek
Setiap pek mengandungi 6 batang aiskrim berharga RM2.5 = 100 pek X RM2.5
= RM250
Berapakah keuntungan anda jika anda berjaya menjual kesemuanya?
Jumlah jualan RM250 - Kos RM56 = Untung Anda RM194

2 comments:

  1. Salam encik brape harga mesin goyang 100lubng..sye duduk area shah alam

    ReplyDelete