SELAMAT DATANG KE LAMAN NIAGA MESIN AIS GOYANG

MENAWARKAN JUALAN MESIN AISKRIM GOYANG TERMURAH DI PASARAN! HARGA PROMOSI BAGI 100 BUAH PERTAMA!!

HARGA PERMULAAN IAITU RM1250 SAHAJA. HARGA PASARAN (penjual lain) DIANTARA RM1300-1500.

Kos penghantaran hanya rm50 (semenanjung), Sabah & Sarawak hanya rm100. Kami akan biaya RM100.

Wednesday, March 3, 2010

Langkah-Langkah Penyediaan Aiskrim Goyang dan Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan yang diperlukan

1. Garam kasar 7kg
2. Lidi sate
3. Air
4. Ais kiub atau ais bantal yang telah dimesin
5. Air berkarbonat seperti orange, strawberry, coke, pepsi, grape, fruitale, sarsi dan sebagainya.
6. Atau air yang dibancuh sendiri seperti air milo, jagung, kacang, asam boi, bandung, keladi dan sebagainya.

Langkah # 1
Masukkan garam kasar ke dalam mesin ais goyang (7kg) dan larutkan dengan air biasa sebanyak 3 liter. Garam tidak perlu larut sepenuhnya.

Langkah # 2
Masukkan ais kiub (1 beg) atau ais bantal yang telah dikisar hingga ke takat permukaan tudung atau gelang acuan. Gaul ais kiub dengan air larutan garam tadi.

Langkah # 3
Susunkan acuan ais goyang ke dalam tempatnya dan pastikan acuan tersebut tersusun dan tenggelam hingga gelang acuan.

Langkah # 4
Tutup penutup dan biarkan acuan sejuk untuk tempoh 3-4 minit. Tujuannya adalah untuk menjadikan semua acuan menjadi lebih sejuk dan ini akan mempercepatkan proses pembekuan ais goyang.

Langkah # 5
Seterusnya tuang air bancuhan atau air berperisa bikarbonat ke dalam acuan
hingga pada takat yang dibenarkan iaitu bersamaan dengan takat permukaan
ais. Apabila anda mengangkat acuan untuk menuang air perisa, elakkan air
garam menitik ke dalam acuan. Ini dapat mengelakkan ais goyang berasa masin.

Apabila semua acuan telah diisi,tutup kembali mesin ais anda dan biarkan selama 3 – 5 minit. Dalam tempoh ini anda boleh goyang ke kiri dan ke kanan bertujuan ais yang dihasilkan nanti adalah lebih halus dan disukai ramai.

Nota: Tempoh 10 minit ais membeku dikira selepas anda menuangkan semua air berperisa ke dalam acuan ais.

Langkah # 6
Selepas 3 – 4 minit ditutup, buka kembali penutup mesin ais anda. Masukkan lidi sate ke setiap acuan ais dengan seberapa cepat yang boleh. Pada waktu ini ais telah mula membeku sedikit di permukaan bawah. Apabila anda mencucuk lidi sate, anda dapat rasakan di bahagian bawahnya mulai membeku. Pada masa ini anda perlu perbetulkan kedudukan lidi sate agar berada betulbetul di tengah acuan agar lebih kemas apabila dikeluarkan nanti.

Langkah # 7
Setelah anda perbetulkan semua pemegang(lidi sate), tutup mesin ais dan mulalah menggoyang ke kiri dan ke kanan. Tujuan kita menggoyang ke kiri dan ke kanan adalah untuk menghasilkan ais goyang yang lebih halus dan sedap berbanding “ais krim Malaysia”.

Langkah # 8
Setelah lebih kurang 10 – 12 minit, anda boleh buka tudung mesin ais anda dan periksa adakah ais telah membeku ke semuanya. Jika anda melakukannya dengan betul, ais goyang akan terhasil dalam tempoh seperti dinyatakan. Tidak mengapa jika masih terdapat beberapa acuan yang masih tidak membeku. Cuma keluarkan mana mana acuan yang membeku sahaja. Sememangnya semasa anda menuangkan air berperisa, terdapat acuan yang terdahulu dan terkemudian dimasukkan air berperisa. 100 acuan mana mungkin kita dapat memasukkannya serentak. Kini anda boleh keluarkan ais goyang, mudah sahaja. Rendam acuan ke dalam bekas air biasa dan terus cabut ais dengan memegang lidi.

Kemudian, terhasillah aiskrim goyang.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete